Thursday 6 June 2013

8 Tips Menjadi Pelajar Cemerlang

Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada entri kali ini saya ingin mengongsikan tips untuk menjadi seorang pelajar cemerlang yang dipetik daripada Dr. Fadzillah Kamsah , pakar motivasi .

1. Menggunakan semua deria ketika proses pembelajaran , kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa :
- Kita akan ingat 10% apabila dibaca
- Kita akan ingat 20% apabila didengar
- Kita akan ingat 50% apabila didengar dan dilihat
- Kita akan ingat 70% apabila dicakapkan
- Kita akan ingat 90% setelah dipraktikkan

2. Tahu teknik merangsang memori :
- Memasukkan maklumat ke dalam memori ( Registration )
- Menyimpan maklumat dalam sel memori ( Retention )
- Mengingat kembali ( Recall )
- Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( Application )

3. Sentiasa mencuba untuk mendahului guru :
- Untuk mendahului guru , bacalah 1-2 kali sebelum guru mengajar.
- Persediaan awal ini dapat memberi tanggapan positif kepada guru.

4. Sentiasa berbuat baik dengan guru , sayangi serta hormatilah guru.

5. Sentiasa berwaspada dengan pencuri waktu belajar iaitu :
-Angan-angan kosong
-Bertangguh
-Malas

6. Pelbagai tempat belajar seperti di atas buaian diluar rumah ataupun ditaman rekreasi. ( Jangan sesekali belajar ditempat yang kotor seperti berhampiran dengan tong sampah dan tandas. )

7. Taat perintah Allah :
- Melakukan solat 5 waktu
- Bertawakal kepada Allah
- Sentiasa bersabar dengan cabaran dan berusaha mengatasinya.

8. Taat perintah ibu bapa .

Itu sahajalah tips yang dapat saya kongsikan untuk entri kali ini .Diharap tips ini dapat membawa manfaat bersama . Yang baik itu dari Allah , yang kurang itu dari saya .

Pengenalan Blog

Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Bismillahirahmanirahim. Ini merupakan entri pertama di Blog Budak Sekolah ( Info Online Pelajar ). Sebenarnya , blog ini menumpukan kepada Sistem PBS. Saya juga seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Kedah . Blog ini diterbitkan kerana saya ingin berkongsikan pendapat serta ingin membantu rakan-rakan pelajar diluar sana.Saya harap rakan-rakan pelajar diluar sana mendapat manfaat daripada isi kandungan blog ini . InshaAllah , saya akan cuba mengemas kini blog ini setiap hari . Disamping berkongsi ilmu-ilmu yang diajar disekolah , saya juga akan cuba mengongsikan info am semasa yang berkaitan dengan pelajaran.

Sekarang , sudah banyak perubahan yang dilakukan pada era pembelajaran di Malaysia . Antara yang terbaru ialah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) yang baru dijalankan pada tahun lalu. Sistem ini menggunakan eviden serta 'band' untuk menilai prestasi semasa murid . Bagi pelajar yang lahir pada tahun 1998 , mereka merupakan generasi terakhir yang mengambil Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Selepas itu , generasi 1999 dan seterusnya bakal menghadapi sistem PBS .

Oleh itu , saya rasa cukuplah setakat ini sahaja pengenalan blog ini. Saya harap segala info yang bakal dikongsikan nanti akan memberi manfaat kepada pembaca semua. Akhir kata daripada saya , " USAHA TANGGA KEJAYAAN , SESIAPA YANG BERUSAHA PASTI BERJAYA ! "