Thursday 6 June 2013

8 Tips Menjadi Pelajar Cemerlang

Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada entri kali ini saya ingin mengongsikan tips untuk menjadi seorang pelajar cemerlang yang dipetik daripada Dr. Fadzillah Kamsah , pakar motivasi .

1. Menggunakan semua deria ketika proses pembelajaran , kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa :
- Kita akan ingat 10% apabila dibaca
- Kita akan ingat 20% apabila didengar
- Kita akan ingat 50% apabila didengar dan dilihat
- Kita akan ingat 70% apabila dicakapkan
- Kita akan ingat 90% setelah dipraktikkan

2. Tahu teknik merangsang memori :
- Memasukkan maklumat ke dalam memori ( Registration )
- Menyimpan maklumat dalam sel memori ( Retention )
- Mengingat kembali ( Recall )
- Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( Application )

3. Sentiasa mencuba untuk mendahului guru :
- Untuk mendahului guru , bacalah 1-2 kali sebelum guru mengajar.
- Persediaan awal ini dapat memberi tanggapan positif kepada guru.

4. Sentiasa berbuat baik dengan guru , sayangi serta hormatilah guru.

5. Sentiasa berwaspada dengan pencuri waktu belajar iaitu :
-Angan-angan kosong
-Bertangguh
-Malas

6. Pelbagai tempat belajar seperti di atas buaian diluar rumah ataupun ditaman rekreasi. ( Jangan sesekali belajar ditempat yang kotor seperti berhampiran dengan tong sampah dan tandas. )

7. Taat perintah Allah :
- Melakukan solat 5 waktu
- Bertawakal kepada Allah
- Sentiasa bersabar dengan cabaran dan berusaha mengatasinya.

8. Taat perintah ibu bapa .

Itu sahajalah tips yang dapat saya kongsikan untuk entri kali ini .Diharap tips ini dapat membawa manfaat bersama . Yang baik itu dari Allah , yang kurang itu dari saya .

No comments:

Post a Comment